Thursday, September 30, 2010

Ayat-Ayat CInta Pecah Perut

hah, mesti korang tertanya-tanya kan, ape la yang aku nak carutkan kat entry aku kali ni. Aku perasan entry aku kebelakangan nie sedih memanjang. Tak ceria langsung. Aku pun tak tau nape. Ni semua gara-gara hati yang ngah jiwa kacau la nie. Bape kali aku pesan jangan gatal-gatal ingat Mr.EX, dia nak ingat gak. Mau tak sedih? hahahaha...ok. Full stop.


Ok, kali ni aku nak share ngan korang satu entry ni. Tadi waktu ngah aku googling2 cari ayat2 cinta la konon-kononnya, aku terjumpa la blog nie. haha. Aku pun bukak la. Dan tanpa disengajakan aku tergelak terbahak-bahak sambil memegang perut atas katil nie. hahahaha. Entry dia biasa, tapi kelakar. Sape yang aku maksudkan? Tuan punya blogger ni nama dia Zool. Kalau aku tak silap la. hehe..


takpe la, meh aku kongsi ngan korang ape yang aku dapat...


1. ‘ Tiada siapa yang dapat memisahkan cinta kita ‘ – Wah.. Cam tuk nujum plak diorang ni kan. Boleh tahu bahawa tiada halangan untuk terus bersama. Tapi kebiasaannya yang berlaku tak sampai 2-3 tahun kahwin , habis.. Jadi janganlah takbur sangat , sebab masa depan bukan kita nak tentukan. Mungkin kita mampu merancang tapi Tuhan jua yang menentukan..
2. ‘ Akan kubina mahligai indah untukmu ‘ – Ayat ni pun tak boleh blah gak.. Kalau diri tu jutawan cam Mark Zuckenberg takpe gak. Ini masih bersekolah lagi. Seluar dalam pun mak bapak belikan. Ada hati nak buat mahligai konon. Dah besar nanti, rumah kos rendah pun belum tentu mampu terbeli. Janganlah berkata sesuatu yang tak logik dik oit…
3. ‘ Kita akan bersama hingga ke syurga’ – Ni pun kelakar juga sebab yang menuturkan kata-kata tu sembahyang pun jarang-jarang. Dah tu time ber’couple’ tangan merayap sana sini.. Camne nak masuk syurga tu, tapi mungkin lah kot kalau sempat bertaubat tapi kalau mati masa tengah lari ditangkap khalwat camne plak ye?? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
4. ‘ Keranamu lautan api sanggup ku renangi ‘ – Pergh cukup hebat penangan cinta. Sanggup berkorban nyawa pada cinta tu.. Tapi bila kena tahan polis/ penguatkuasa lain pula ceritanya.. Kononnya tak kenal dengan pasangan tersebut.. Baru kenallah, jumpa tepi jalan.. Macam-macam alasan diberi. Tu belum lagi pasangan kena musibah dengan penyakit.. Memang kena tinggalla gamaknya..



haha...lawak tak? Lantak la kalau tak lawak pun. Janji aku leh gelak. hahaha

No comments: